Saturday 24 November 2012

Kecundang Dalam Bercinta

Pesanan buatmu bunga dunia
Andai ada di antara kamu yang gagal
Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum Adam
Usahlah engkau berhati walang
Usah ditanya apa salah kamu pada dia
Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia

Sebaliknya bungaku
Ucaplah syukurmu pada Dia
Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa
Dalam berhajatkan cinta insani
Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu

Hanya pada Dia yang amat Pemurah
Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu
Adat meminjam haruslah dipulangkan
Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu

Pasti engkau masih dalam dilema bungaku
Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan
Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu

Tetapi itu semua jauh dari benar
Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai
Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat
Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan

Kerana itu engkau harus bersyukur
Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dunia
Terhindar dari cinta yang dusta
Dan terpisah dari seorang Adam yang tidak berniat menjadikan Hawa sebagai surinya
Doakan saja semoga hilangnya adalah hilang yang berganti. Insya Allah.

Duhai bungaku
Aku berpesan bukan hanya untuk kamu
Tetapi aku juga berpesan pada diriku
Aku sayangkan kamu wahai bungaku.

Semua orang pernah melakukan kesilapan dan kebanyakan kita pernah mengalami saat-saat kejatuhan dalam bercinta. Untuk memujuk diri yang lara, pastinya memakan masa yang lama. Ia juga terpulang kepada keadaan seseorang itu sama ada dia yang memutuskan hubungan atau dia yang ditinggalkan. 
Lazimnya, wanita atau bunga ini cenderung untuk bertindak di luar batasan sekiranya gagal dalam bercinta. Namun, biarlah yang lepas itu menjadi asbab untuk kita terus bangkit dari kegagalan yang nyata.

Jikalau hari ini anda telah ditinggalkan kekasih, itu bermakna hidayah Allah sedang mengetuk jiwa anda. Berfikirlah secara positif kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah juga telah berjanji seperti mana di dalam firman-Nya, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26). Jadi, haruskah kita menidakkan kata-kata Allah itu?

Kalau anda betul-betul memegang prinsip itu, maka berbahagialah anda kerana jodoh anda kelak pastinya soleh/solehah seperti anda juga. Apa? Diri belum cukup baik? Sabar dan bergembiralah kerana belum terlambat untuk anda mengubah calon jodoh anda selagi anda belum berkahwin. Percayalah, Allah memandang usaha hamba-hamba-Nya. Jika hari ini anda sedang mengubah diri anda menjadi hamba soleh/solehah, tentunya calon jodoh anda sedang melakukan hal yang sama.

Bagaimana pula yang sudah berkahwin tetapi menyesali dengan jodoh yang diperolehinya? Jangan sesekali mengalah dan mengatakan Allah tidak adil kerana anda telah berusaha sedaya upaya menjadi baik dan soleh/solehah tetapi mendapat jodoh yang sebaliknya. Allah telah menetapkan sesuatu itu sebaik-baik perancangan. Mungkin sahaja kita telah dipilih untuk membimbing pasangan kita itu. Allah bagi pahala 'free' untuk kita bantu pasangan kita itu dalam mendekati Allah. Takkan tak mahu?

Berbahagialah mereka yang telah mendapat jodoh yang baik dan soleh/solehah kerana telah lengkap sebahagian dari agama mereka. Kita yang belum menemui jodoh/baru putus cinta, ayuh koreksi diri secara istiqamah. Tinggalkan perkara lagha, jauhi maksiat, kurangkan dosa. Dekati mereka yang mencintai Allah, lazimi zikir dan perkara kebaikan. InsyaAllaah, suatu hari nanti, pasangan yang kita idamkan itu tiba berserta cinta dari-Nya. Allahu Rabbi!


Friday 23 November 2012

Think Wisely. Be Positive.

#Gaza will be free 
"Think it again before you make a decision that you will regret it someday." Negara lain, rakyatnya sibuk berperang, bergadai nyawa demi mempertahankan diri, keluarga, agama dan negara. Rakyat kita ______________________ ? Isi tempat kosong sendiri.

Muhasabah itu perlu kerana jalan menuju ke Syurga Allah itu penuh liku. Semoga kita semua terhindar dari perlakuan yang boleh menjadi asbab untuk kita semakin jauh dari syurga-Nya. Nauzubillah.