Andai
ada di antara kamu yang gagal
Dalam
berhajat mendapatkan cinta kaum Adam
Usahlah
engkau berhati walang
Usah
ditanya apa salah kamu pada dia
Jangan
disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia
Sebaliknya
bungaku
Ucaplah
syukurmu pada Dia
Yang
telah memilih kamu untuk merasa kecewa
Dalam
berhajatkan cinta insani
Tempiaskan
tangismu dan bisikkanlah laramu
Hanya
pada Dia yang amat Pemurah
Kerana
telah meminjamkan cinta itu kepada kamu
Adat
meminjam haruslah dipulangkan
Jangan
pernah kau lupa akan kebenarannya itu
Pasti
engkau masih dalam dilema bungaku
Masakan
aku meminta kamu bersyukur bukan
Pasti
kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu
Tetapi
itu semua jauh dari benar
Aku
pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai
Kerana
itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat
Membawa
hubungan itu kepada akad pernikahan
Kerana itu engkau harus bersyukur
Bersyukur
kerana engkau terlepas dari tipu daya dunia
Terhindar
dari cinta yang dusta
Dan
terpisah dari seorang Adam yang tidak berniat menjadikan Hawa sebagai surinya
Doakan
saja semoga hilangnya adalah hilang yang berganti. Insya Allah.
Duhai
bungaku
Aku
berpesan bukan hanya untuk kamu
Tetapi
aku juga berpesan pada diriku
Aku
sayangkan kamu wahai bungaku.
Semua
orang pernah melakukan kesilapan dan kebanyakan kita pernah mengalami saat-saat
kejatuhan dalam bercinta. Untuk memujuk diri yang lara, pastinya memakan masa
yang lama. Ia juga terpulang kepada keadaan seseorang itu sama ada dia yang
memutuskan hubungan atau dia yang ditinggalkan.
Jikalau
hari ini anda telah ditinggalkan kekasih, itu bermakna hidayah Allah sedang
mengetuk jiwa anda. Berfikirlah secara positif kerana setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Allah juga telah berjanji seperti mana di dalam firman-Nya,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26). Jadi, haruskah kita
menidakkan kata-kata Allah itu?
Kalau
anda betul-betul memegang prinsip itu, maka berbahagialah anda kerana jodoh
anda kelak pastinya soleh/solehah seperti anda juga. Apa? Diri belum cukup
baik? Sabar dan bergembiralah kerana belum terlambat untuk anda mengubah calon
jodoh anda selagi anda belum berkahwin. Percayalah, Allah memandang usaha
hamba-hamba-Nya. Jika hari ini anda sedang mengubah diri anda menjadi hamba
soleh/solehah, tentunya calon jodoh anda sedang melakukan hal yang sama.
Bagaimana
pula yang sudah berkahwin tetapi menyesali dengan jodoh yang diperolehinya?
Jangan sesekali mengalah dan mengatakan Allah tidak adil kerana anda telah
berusaha sedaya upaya menjadi baik dan soleh/solehah tetapi mendapat jodoh yang
sebaliknya. Allah telah menetapkan sesuatu itu sebaik-baik perancangan. Mungkin
sahaja kita telah dipilih untuk membimbing pasangan kita itu. Allah bagi pahala
'free' untuk kita bantu pasangan kita itu dalam mendekati Allah. Takkan tak
mahu?
Berbahagialah
mereka yang telah mendapat jodoh yang baik dan soleh/solehah kerana telah lengkap
sebahagian dari agama mereka. Kita yang belum menemui jodoh/baru putus cinta,
ayuh koreksi diri secara istiqamah. Tinggalkan perkara lagha, jauhi maksiat,
kurangkan dosa. Dekati mereka yang mencintai Allah, lazimi zikir dan perkara
kebaikan. InsyaAllaah, suatu hari nanti, pasangan yang kita idamkan itu tiba
berserta cinta dari-Nya. Allahu Rabbi!